BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 6 September 2012

>> Resepi: Juadah For Iftar...PART #2


Assalamualaikum wbt dan apa khabar kawan-kawan blogger dan juga silent reader? Semoga semuanya sihat selalu ye =)

Kali ni Blurpl3 nak update juadah berbuka puasa sunat semalam..simple jer. Bolehlah try..


Resepi: MAKARONI GORENG ALA MELAYU
Sumber: Blurpl3

Bahan-bahannya:

Bahan A:
sedikit cili kering
bawang putih
bawang besar 
2 sudu besar minyak masak


optional: cili boh - tapi Blurpl3 tak suka rasanya

Bahan B:
2 batang sosej (dipotong kecil-kecil)
50 gram daging cincang

1/2 batang lobak merah (dipotong batonnet), bole refer kat sini

Bahan C:
150 gram makaroni (rebus dan toskan)
1 biji tomato (dipotong wedges)

1/2 ikat sayur sawi (asingkan daun dan batangnya)
1 kiub pati ayam knorr

Bahan D:
1 biji telur (digoreng dan dihancurkan halus)

Bahan E:
Sos cili
Sos tomato
Kicap        - semua ni ikut citarasa
Garam
Gula


Cara-cara:

1. Rebuskan cili kering, kupas bawang putih dan bawang besar. Kemudian, blend ketiga-tiga bahan A ni dan tumiskan dengan minyak. Setelah naik bau, boleh letakkan bersama sedikit sos cili, sos tomato, kicap, garam dan gula. Ikut citarasa masing-masing. Kalau nak pedas letaklah sos cili banyak-banyak. Atau boleh juga guna cili boh untuk menggantikan bahan yang dikisar seperti cili kering, bawang putih dan bawang besar. Tetapi rasanya kurang enak dan Blurpl3 tak gemar dan kurang recomend pada kawan-kawan.

2. Masukkan bahan B iaitu daging cincang, sosej, lobak merah dan batang sawi yang telah dipotong. Gaulkan sebati hingga daging masak.

3. Kemudian, masukkan bahan C iaitu makaroni, daun sawi, tomato dan kiub pati ayam (dihancurkan).

4. Gorengkan kesemua bahan hingga sebati.

5. Selepas itu, gorengkan 1 biji telur dalam kuali yang berasingan dan hancurkan halus. Guna untuk garnishing (taburkan diatas makaroni).


Siap!!!

Sedia untuk dihidangkan untuk berbuka puasa =)


Selamat mencuba ya! :)



Jemput-jemputlah singgah dan cuba resepi lain daripada Blurpl3. Mudah-mudah belaka tau ! :)


Ikhlas, Blurpl3





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...