BlurpL3 FOLLOWERS

Friday, 8 November 2013

>> Resepi : Cucur Jawa Pilihan Hati

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua. Harap sihat walafiat. Hari ni Blurpl3 nak share resepi CUCUR JAWA. Pernah dengar tak? May be lain tempat lain namanya.. Mrs Purpl3 sangat suka makan kuih ni,. Apabila sekali makan rasa sedap terus teringat nak ambil resepi untuk buat lain kali. Hehehe

Resepi pun tak susah, simple jer.  Blurpl3 dapat daripada Mak Pah (mak sedara Mrs Purpl3 yang terror bab-bab masak ni. Tak percaya? Betul tau =) )

OK, macam ni resepinya:

Resepi: CUCUR JAWA PILIHAN HATI
Sumber: Mak Pah

Bahan-bahan:                          

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras (cap ros)
1 cawan gula (1/2 gula perang + 1/2 gula pasir)
1 cawan air


Cara-cara:                                

1) Campurkan gula + air. Masak hingga larut kesemuanya (tak perlu mendidih). [Boleh rujuk gambar]
2) Biarkan seketika air gula yang dimasak tadi hingga menjadi suam.
3) Tuangkan air gula ke dalam tepung gandum + tepung beras. Gaul sebati. [Boleh rujuk gambar]
4) Biarkan seketika (at least 4 jam). Lagi lama lagi bagus. Hehehe… [Boleh rujuk gambar]
5) Selepas 4 jam, cuba kacau adunan tadi. Jika terlalu likat, tambahkan sedikit air suam dan gaul sebati.[Boleh rujuk gambar]
6) Panas minyak dalam kuali dengan api perlahan (maintain guna api perlahan, jangan api kejap besar kejap kecil tau).
7) Tuangkan adunan tadi di bahagian tengah minyak. (Ia akan masak dari luar ke dalam untuk bahagian bawahnya). [Boleh rujuk gambar]
8) Setelah ke semuanya bahagian bawahnya masak, terbalikkan cucur tersebut dan ketuk sedikit bahagian atas (untuk bentuk lengkungan bunga. [Boleh rujuk gambar]
9) Siap, sedia untuk dihidangkan 

Inilah hasil yang berjaya dibuat.  
(p/s: abaikan rupa yang tak berapa nak cun ni tapi rasanya sedap gak. hehe)


Senangkan? Selamat mencuba!

Kalau rajin, boleh jugak cuba resepi lain daripada Blurpl3. Mudah-mudah belaka tau ! :)
- Ais krim Oreo Ala McD
- Roti Jala Mudah
- Makaroni Goreng Ala Melayu
- Zainab's Finger (Arabic Snack)


Blurpl3

9 comments:

Ezza Z said...

Nampak cantik rupa kuih yg awak buat ni.
Macam mana nak ketuk sedikit bhgn atas kuih tu ye?saya tak berapa faham la.
Boleh tlg ajar tak.
Terima kasih.

BLuRpL3 said...

EZZA Z: tima kasih, saya pun baru belajar nak buat, sebab suka sangat makan tu yg nak buat sendiri. Hehe..

Bole je nak ajar, takde hal sis.

Maksud saya ketuk skit bhgn atas tu.. First, tebalikkan kuih lepas tu guna hujung sudip tu just ketuk perlahan pd bhgn atas kuih (bhgn yg menggelembung tu). Rujuk gmbar no.8. Automatik gelembung tu akan turun dan bentuk lengkungan bunga kat sekitar tepi kuih.

OK, clear tak? Hehe

Nur Arifa said...

kak nisah...haii..hihi jmput singgah blog ifa ek http://areefa-dacuteareefa.blogspot.com/

BLuRpL3 said...

NUR ARIFA: okies, ifa.. dah singgah. jom jemput follow blog akak. hehe :-)

Ana Dom said...

Macam kuih tradisional kmi sarawak.sedap kuih tuk.my favorite. Nasib bgi resepi, lama nak cuba buat tapi tahu cara.makan je suka.thanks sebab kongsi dgn kita orang resepi ni.

BLuRpL3 said...

ANA DOM: no problemo, nanti bole buat lagi kuih ni.Blurpl3 pun suka kuih ni, sedapppp :)

shahrul izlan said...

hai..nk tye..klu secawan tepung yg mcm awk buat ni..dapat dlm brapa biji ye

shahrul izlan said...

hai..nk tye..klu secawan tepung yg mcm awk buat ni..dapat dlm brapa biji ye

BLuRpL3 said...

SHAHRUL IZLAN: Anggaran dalam 15-20 biji :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...