BlurpL3 FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 24 April 2013

>> Review : Perkembangan Naufal Amsyar #5 Bulan


Assalamualaikum wbt.

Begitu cepat masa berlalu.
Dalam sedar tak sedar dah 5 bulan si comel Naufal Amsyar.
Dah macam-macam telatahnya sekarang ni. Terhibur rasa Ummi dan Abi.
Seperti biasa Ummi dan Abi perlu membawa Naufal Amsyar ke Klinik Kesihatan untuk check up 5 bulan. 


Hasilnya seperti berikut:
  • Berat: 6.9 kg
  • Panjang: 66 cm
  • BMI: 15.8
  • Lilitan kepala: 41 cm
  • Tindak balas: aktif
  • Warna bayi: normal
  • Jaundis: Nil
  • Penilaian penyusuan: breastfeeding on demand
  • Imunisasi: Diap / HIB / IPV - Dos 3

Notes:
  • Bayi boleh mengawal kepalanya ketika ditarik dari keadaan baring ke duduk (Naufal Amsyar sangat pandai mengawal kepalanya. Tegak je..hehe)
  • Bayi boleh meniarap dan menelentang (Sangat aktif meniarap, pantang letak berbaring, terus meniarap)
  • Bayi boleh menggenggam objek (Sekarang ni, Naufal Amsyar dah pandai menggenggam objek, antaranya teether, bantal kecil, tarik baju ummi, tarik rambut ummi)
  • Mata bayi mengikut pergerakan objek (Saja je Ummi alihkan flash card, Naufal Amsyar ikut je ke mana flash card tu pergi)
  • Bayi bertindakbalas dengan bunyi (Apabila dengar lagu video alif ba ta, terus Naufal Amsyar senyum-senyum. Dah tau lagu favourite dia la tu.hehehe..)

Bimbingan awal:
  • Kebersihan diri
  • Pemakanan
  • Pertumbuhan gigi
  • Keselamatan dan pencegahan kecederaan


Hasil Pemerhatian ke atas Naufal Amsyar:
  1. Amat cekap meniarap. Pantang diletak berbaring, terus meniarap.hehe..
  2. Tangan pun dah mula kuat. Boleh mengangkat badan sendiri sewaktu meniarap.
  3. Punggung dan kaki asyik bergerak-gerak sewaktu meniarap walaupun tidak beralih ke kiri atau ke kanan.
  4. Suka menghisap ibu jari.
  5. Tangan dan jari sudah mula boleh menggenggam objek.Kalau pegang jari sesiapa pun mesti nak bawa masuk mulut. hehe..
  6. Sudah mula belajar nak bercakap. Macam-macam bunyi ada. Pandai memberi respon ketika Ummi dan Abi bercakap dengannya.
  7. Lebih suka duduk atau berdiri berbanding berbaring atas tilam.
  8. Sentiasa tersenyum apabila nama dipanggil. Pandai sungguh Naufal Amsyar...
  9. Kuantiti susu yang diminum pun dah bertambah daripada 15 oz ke 24 oz sekarang (8am-6pm)
  10. Lebih suka breastfeeding berbanding botol, jika Ummi di rumah (walaupun Ummi mahukan anak Ummi ni belajar guna botol)
  11. Dah mula pandai guna taktik terbaru nak bagi tau Ummi yang dia lapar (tarik & selak baju Ummi.heheh..)
  12. Dah mulai kenal Ummi dan Abi sendiri (mula menangis apabila tahu bila dia nak kena tinggal. huhuhu..sad)

Inilah saya, sekarang dah 5 bulan :-) 

Jumpa lagi, Blurpl3

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...